Program Bina Upaya dan Pemerkasaan Usahawan: Bengkel Pembangunan Formulasi Produk Kesihatan Tradisional Yang Terjamin Kualiti Dan Selamat

Tarikh : 2-3 Oktober 2023
Tempat : Bilik Seminar J06, Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM.
Pegawai terlibat: Asdariah Misnan, Azaharudin Awang Ahmad, Nur Afni Amir dan Farah Aida Othman
 
            PPSF bengkel 031023 Asdariah pengurus projek           PPSF 031023 Dr. Eshaifol Azam Omar dari IPPT
 
Bengkel Pembangunan Formulasi Produk Kesihatan Tradisional ini merupakan satu inisiatif yang diterajui oleh Pusat Racun Negara(PRN) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) dan Persatuan Pengeluar- Pengeluar Ubat Traditional Melayu Malaysia (PURBATAMA) untuk memperkasakan usahawan bumiputera dalam industri produk kesihatan tradisional. Seramai 10 orang peserta yang merupakan pelapis daripada syarikat usahawan bumiputra telah melalui saringan dan terpilih untuk  mengikuti program ini. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memformulasi produk tradisional kesihatan yang berkualiti tinggi dan selamat untuk bersaing di dalam pasaran yang semakin kompetitif. 
 
                       PPSF bengkel 031023 Dr Amirah            PPSF bengkel 031023
 
Sepanjang dua hari, peserta telah didedahkan kepada ilmu asas berkaitan herba dan nilai perubatan, asas pembangunan ubat tradisional, serta teori formulasi ubat tradisional. Apa yang lebih menarik adalah peluang yang diberikan kepada peserta untuk menjalankan latihan amali secara langsung di Makmal Farmasi Industri dan Makmal Compounding (PPSF) dengan bimbingan daripada pakar-pakar daripada PPSF, Dr. Amirah Mohd Gazzali dan Dr Fatimatuzzahra’ Abd Aziz. Slot amali asas bentuk produk dan formulasi ini memberikan elemen praktikal yang penting dalam pembelajaran mereka. 
 
                    PPSF 031023 Fasilitator Purbatama           PPSF bengkel 031023 peserta dimakmal
 
Melalui program ini, diharapkan peserta akan memperoleh pengetahuan yang mendalam dalam pembangunan formulasi produk kesihatan tradisional sekaligus membantu mereka meningkatkan kualiti produk dan memastikan keselamatan pengguna. PRN berharap usaha ini dapat memperkasa  peranan usahawan Bumiputera dalam industri produk tradisional yang semakin pesat berkembang.

            PPSF bengkel 031023 Peserta n hasil amali       PPSF bengkel 031023 Peserta n fasilitator


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location