Program Nafas Segar Generasi Hebat 2023 - 17 Oktober 2023

Tarikh : 17 Oktober 2023
Tempat : Dewan Desa Bakti, USM.
Pegawai terlibat: Sulastri Samsudin, Mohd Fadhli Razali, Noor Afiza Abdul Rani 
 
                   171023 NafaSegar         171023 NafaSegar2   

Belum selesai isu rokok dan lain-lain tembakau, kini muncul pula rokok elektronik dan vape yang direka dengan lebih canggih dan berteknologi tinggi. Pengunaan produk inovasi ini kini telah menjadi ikutan dalam kalangan pelajar dan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak pihak. Sehubungan daripada, Pusat Racun Negara bersama Jabatan Pendidik Pulau Pinang, Mahasiswa Universiti Sains Malaysia daripada Persatuan Green Lung dan Ilmu Pendidik telah menganjurkan Program Nafas Segar 2023 pada 17 Oktober 2023 bertempat di Dewan Harmoni Desasiswa Indah Bakti, Universiti Sains Malaysia. 

                 171023 NafaSegar3           171023 NafaSegar4

Program ini melibatkan 44 pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana serta berisiko tinggi untuk terlibat dengan pengunaan rokok elektronik dan vape disebabkan oleh pengaruh persekitaran. Menerusi program ini, pelajar  diberikan pendedahan mengenai implikasi pengunaan rokok elektronik dan vape menerusi permainan yang direka menerusi aplikasi teknik VIPP (Visualisation in Participatory Programs) yang dilihat lebih berkesan dan  interaktif. Program ini dikendali sepenuhnya oleh Mahasiswa USM yang bertindak sebagai fasilitator program.

Pada akhir program ini, pelajar-pelajar secara tidak langsung dilantik menjadi “Duta Generasi Bebas Tembakau” di sekolah di mana mereka boleh membantu guru-guru menjalankan program advokasi dan aktiviti permerkasaan menerusi pendekatan rakan sabaya.   Ini selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang mengusulkan Rang Undang-Undang Generasi Penamat Tembakau (GEG) untuk melindungi generasi muda daripada terdedah kepada sebarang bahaya produk yang menyebabkan ketagihan seperti rokok elektronik dan vape. 

        171023 NafaSegar6

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM yang telah membiayai program ini menerusi geran libatsama universiti komuniti. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location