Pameran dan Ceramah sempena Majlis Penutup OSH Day - 26 Oktober 2023

Tarikh : 26 Oktober 2023
Tempat : Dewan KOMCA, USM.
Pegawai terlibat: Mohd Fadhli Razali, Mohamed Nazri Mohamed Tahir, Ahmad Shalihin Mohd Samin, Azaharudin Awang Ahmad, Mazlan Mohamad
 
              261023 Pameran Penutup     261023 Pameran Penutup8      261023 Pameran Penutup13
 
              261023 Pameran Penutup10      261023 Pameran Penutup11
 
              261023 Pameran Penutup14      261023 Pameran Penutup9
 
              261023 Pameran Penutup2      261023 Pameran Penutup3
 
              261023 Pameran Penutup4      261023 Pameran Penutup6
 
             261023 Pameran Penutup15     261023 Pameran Penutup12
               

“OSH Day” atau Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat seluruh kampus Universiti Sains Malaysia telah dijalankan sepanjang bulan Oktober bermula daripada 3 Oktober hingga 26 Oktober 2023. Tema kempen kali ini ialah “Memupuk Budaya Kerja Selamat dan Sihat” dan telah dianjurkan bersama oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKKPU Kampus Induk & Kejuruteraan.

Tujuan kempen ini ialah bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran berkaitan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja. Pelbagai aktiviti telah dijalankan  dan Pusat Racun Negara turut menyertai secara aktif dalam beberapa program yang telah disusun ini antaranya ;

  1. Pertandingan OSH Corner di tempat kerja (Kategori PTJ Sains) – Penyertaan
  2. Pertandingan Tiktok KKP – Encik Mohamed Nazri Bin Mohamed Tahir wakil PRNLab telah memenangi tempat pertama bagi kampus Induk.
  3. Pertandingan Poster KKP – Puan Sazaroni Binti Md Rashid telah memenangi tempat pertama bagi kampus Induk.
  4. Seminar KKP – Telah dihadiri oleh Encik Mohamed Nazri dan Encik Mazlan Mohamad
  5. Pameran – PRN juga telah membuka tapak pameran sempena Majlis Penutup OSH Day dengan pelbagai aktiviti menarik seperti “photobooth” serta kuiz yang bertemakan keselamatan di makmal.
  6. Ceramah Keselamatan Pengunaan Produk Tradisional / Kosmetik – Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Makmal PRNLab, Encik Azaharudin Awang Ahmad sempena Majlis Penutup OSH Day.

Kemuncak Kempen OSH Day ialah Majlis Perasmian Penutup OSH Day yang telah berlangsung pada 26 Oktober 2023 di Dewan Pembangunan Siswa 1, KOMCA. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rodzi Ismail, Ahli JKKPU mewakili Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Institusi). Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan dari kampus Induk dan Kejuruteraan pada pukul 12 tengah hari.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location