USM TERIMA ANUGERAH MAKMAL CEMERLANG IKM 2019 BUAT KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT

Wednesday, 07 October 2020

USM PULAU PINANG, 9 Disember 2019 – Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi telah menerima Anugerah Makmal Cemerlang IKM (Institut Kimia Malaysia) 2019. Pengiktirafan...

APAMT 2019 JADI PLATFORM DISKUSI TOPIK TOKSIKOLOGI

Tuesday, 06 October 2020

PUTRAJAYA, 6 November 2019 - Selaras dengan perkembangan semasa dan isu-isu berkaitan toksikologi yang berlaku di serata dunia, penganjuran 18th Annual Scientific Congress of Asia Pacific Association of Medical Toxicology...

Ruang Bicara Bernama Ruang Bicara Bernama News Channel: Bencana Sisa Buangan

Monday, 05 October 2020

  Pengarah Pusat Racun Negara, Profesor Dato' Dr. Mohamed Isa Abdul Majid dan Pensyarah Kanan, Pusat Sains Bumi & Alam Sekitar, Fakulti Sains & Teknologi, UKM, Dr Mohd Shahrul Mohd...

ANUGERAH KECEMERLANGAN MAKMAL IKM 2018

Monday, 05 October 2020

Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima pengiktirafan Makmal Cemerlang daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) buat kali KETIGA berturut-turut di atas perkhidmatannya sehingga kini. Anugerah...

PRN USM TERIMA KUNJUNGAN MESRA EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Monday, 05 October 2020

PULAU PINANG, 8 Julai 2018 – Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) buat pertama kali menerima kunjungan mesra Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang untuk Perdagangan...

Pusat Racun Negara nasihatkan ibu bapa tidak beli mainan Crystal Slime Clay

Monday, 05 October 2020

KUALA LUMPUR:  24 Mac 2018 Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan ibu bapa supaya tidak membeli mainan berbentuk lendir yang berwarna warni yang dikenali sebagai Crystal Slime Clay...

USM DAPAT PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UNTUK PENINGKATAN MUTU PRODUK UBAT TRADISIONAL TEMPATAN

Monday, 05 October 2020

PULAU PINANG, 9 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menjadi universiti terunggul tempatan di dalam kegiatan peningkatan mutu produk ubat tradisional melalui pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

091219

USM PULAU PINANG, 9 Disember 2019 – Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi telah menerima Anugerah Makmal Cemerlang IKM (Institut Kimia Malaysia) 2019.

Pengiktirafan ini merupakan kali keempat berturut-turut diterima oleh makmal berkenaan dalam tempoh empat tahun.

Pengiktirafan oleh badan profesional itu sangat bermakna memandangkan Makmal Toksikologi PRN USM merupakan satu-satunya makmal universiti awam yang menerimanya.

Makmal tersebut diberi pengiktirafan itu atas perkhidmatan analisis kimia yang ditawarkan untuk mengesan kehadiran bahan terlarang di dalam produk tradisional, kosmetik dan makanan.

Selain itu, perkhidmatan tersebut juga ditawarkan untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan pra-pendaftaran produk-produk tradisional dan notifikasi produk-produk kosmetik.

Sijil anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Tuan Haji Mohamed Zaini Abdul Rahman kepada wakil Pusat Racun Negara, Dr. Leong Yin Hui pada 6 Disember yang lalu dalam majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan yang diberi itu menjadi bukti bahawa Makmal Toksikologi PRN sentiasa menitikberatkan perkhidmatan yang berkualiti disampaikan kepada pelanggan.

Selain daripada Anugerah Makmal Cemerlang IKM, pengiktirafan kualiti lain yang diterima adalah makmal akreditasi MS ISO/IEC 17025 sejak tahun 2011 yang diterima pakai di peringkat antarabangsa serta pengiktirafan sebagai makmal panel oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM sejak tahun 2018.

Teks asal: IKM/Suntingan: Tan Ewe Hoe


s utube s fb


  >  Penafian   
  >  Dasar Privasi
  >  Piagam Pelanggan    
  >  Dasar Keselamatan
  >  Peta Laman
  >  Galeri
  >  Hakmilik   
  > 
iconadminblack icfb ictwit icrss icyoutube


 

  •       E-PAYMENT
    qrcode
  • QUICK LINK
    >  Kampus Induk

    >  Kampus Kejuruteraan
    >  Kampus Kesihatan
    >  Campus Online
    > Emel Rasmi USM
    >  Administrator

    .
  • QUICK LINK
    > Kem. Kew. Malaysia

    > Kem. Pendidikan Malaysia
    > Jab. Akauntan Negara
    > Jab. Kastam Malaysia

    > Bank Negara Malaysia
    > MSC Malaysia
  • CONTACT US
    National Poison Centre
    Universiti Sains Malaysia
    11800 Penang
    Malaysia

    cont 02: +604-653 2265
    fax: +604-656 8417
    cont 03: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    .
  • 058994
    Hari iniHari ini250
    SemalamSemalam1387
    Minggu IniMinggu Ini5737
    Bulan IniBulan Ini5737
    Sepanjang HariSepanjang Hari58994
    .

Hakcipta Terpelihara 2020 -  © 2018 Pusat Racun Negara. All Rights Reserved.