RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://www.geriatri.id/v2/https://lphd.s-desa.id/desa/https://lini.or.id/yayasan/https://jamcab19.pramukaklaten.or.id/menu/
http://files.follettcommunity.com/index.html
https://dagang.sippikola.langsakota.go.id/https://sosial.sippikola.langsakota.go.id/
Bangkit Dari Runtuhan

Bangkit Dari Runtuhan

Sumber: Bacaria, 9 Januari 1999
  
Oleh:Sharifah Salwa

Bunyi dentuman yang kuat beserta dengan siren membuatkan Cikgu Razak, Pengiran Yusof, Syed Omar dan Profesor Tode keluar dari kelas dan menuju ke lubang keselamatan yang telah disediakan. Sebenarnya kata Cikgu Razak, mereka semua (pelajar-pelajar) telah diajar dan diberi latihan berkenaan perkara tersebut. Selepas menunggu selama 15 minit di dalam lubang keselamatan, Cikgu Razak keluar dan kembali ke kelas. Mereka menyambung kembali pelajaran yang tertangguh itu. Tidak lama selepas itu, satu ledakan beserta satu cahaya tertera di langit. Dalam sekelip mata, bangunan yang mereka duduki runtuh. Sedar-sedar mereka berada di bawah timbunan bangunan. - Pengarang

Segala-galanya gelap gelita. Tiada satu pun cahaya yang menerangi mereka waktu itu. Yang dia pasti, dia turut berada dalam timbunan runtuhan bangunan tersebut bersama-sama Pengiran Yusof, Syed Omar dan Profesor Tode. Cikgu Razak cuba mengingatkan kembali apa yang berlaku. Mula-mula sukar tapi beliau bagaikan ternampak-nampak cahaya yang menyinar di langit dan serentak itu bunyi letupan berlaku. Dan akhirnya segala yang tidak diingini telah berlaku.

"Mengingatkan peristiwa yang baru berlaku itu, saya mengucap panjang. Bersyukur kerana Allah masih lagi memanjangkan usia saya dan yang penting saya tidak meninggal dunia di negara orang.

"Waktu itu juga terlintas di fikiran saya wajah ibu di kampung. Dalam keadaan begini, sudah tentu mereka beranggapan saya sudah meninggal dunia dan pasti ibu akan menangis mendengar berita ini," jelasnya.

Dalam kelam kabut itu, Cikgu Razak teringatkan Pengiran Yusof, Syed Omar dan Profesor Tode, tapi dalam keadaan begini memang susah untuk mencari mereka berdua. Tapi beliau terpaksa berserah kepada Allah. Cikgu Razak mengusap bahagian belakang leher. Sakit. Sahlah lehernya juga terkena serpihan bangunan. Waktu itu sakit langsung tidak terasa. Yang penting dia masih hidup.

"Ketika berada dalam timbunan itu, saya mula terfikir mengenai Pengiran Yusof dan Profesor Tode. Tapi saya nak buat macam mana, saya sendiri pun belum tentu selamat lagi. Bangunan yang tadinya berdiri megah kini berkecai di hujung kaki. Saya jadi sebak sendiri.

"Untuk menyelamatkan diri, saya terpaksa mencari jalan. Keadaan yang kelam kabut itu membuatkan usaha saya makin sukar. Entah macam mana, saya terlihat satu jalur cahaya dari celah runtuhan itu. Mungkin itu pertolongan daripada Allah. Saya bersyukur dan berpandukan cahaya yang sedikit-sedikit itulah saya merangkak dan cuba keluar dari tempat tersebut," katanya dengan sebak.

Selepas berjaya keluar dari timbunan runtuhan itu, Cikgu Razak terpegun melihat keadaan sekitarnya. Semuanya menjadi rata, bagaikan padang jarak padang tekukur layaknya. Beliau menahan sebak sendirian. Tidak lama selepas itu, Profesor Tode, Syed Omar dan juga Pengiran Yusof mengikutnya dari belakang.

"Saya amat bersyukur kerana kami masih hidup, tapi keadaan di sekitar kami membuatkan, saya tidak dapat menahan sebak di hati. Bayangkan baru sebentar tadi keadaannya aman dan tenang, tapi kini segala-galanya telah berubah. Bangunan yang berdiri tegap selama ini, menjadi rata. Keadaan ini memang dahsyat, tidak pernah saya lihat selama ini.

"Melihat keadaan itu, saya dan rakan-rakan disuruh oleh Profesor Tode kembali ke asrama. katanya di sana ramai orang memerlukan bantuan dan tenaga saya bertiga. Walaupun dalam kepayahan, kami teruskan perjalanan ke asrama yang jaraknya setengah batu dari tempat kuliah," katanya lagi sewaktu di tengah perjalanan dia bertemu dengan rakannya, Nik Yusof dan warden asrama mereka (berbangsa Jepun).

"Saya tidak pernah menyangka itulah kali terakhir bersua muka dengannya. Kalaulah saya tahu Nik Yusof juga terkena bahan aktif itu sudah tentulah saya akan membantunya.

"Ini tidak, dia yang menyuruh saya membantu rakan-rakan di asrama dan dia sendiri berusaha menyelamatkan teman-teman yang lain. Waktu itu dia bersama dengan warden berbangsa Jepun. Mendengar kata-kata itu, saya dan Pengiran Yusof meneruskan perjalanan ke asrama," ujurnya menunjukkan gambar tragedi tersebut.

Di pertengahan jalan beliau melihat fanomena yang beliau sendiri tidak sanggup untuk melihatnya. Setibanya di sana, sekali lagi Cikgu Razak mengucap panjang. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Bangunan asrama yang menepatkan pelajar-pelajar telah menjadi sebaliknya. Runtuhan akibat bedilan bom atom itu menjadikan tempat tersebut langsung tidak dapat dikenali.

"Saya tidak tahu yang mana satu asrama kerana keadaannya menjadi sama. Saya cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan bukti tentang asrama, bila saya hampiri runtuhan tersebut, saya terdengar suara meminta tolong. Bila saya hampiri tempat tersebut, saya lihat seorang wanita yang memang saya kenali.

"Wanita itu bekerja di syarikat yang bertentangan denagn asrama saya, jadi saya tahu tempat saya berdiri sekarang, adalah tapak syarikat berkenaan. Wanita itu sudah lemah dan dia sendiri tiada daya untuk membantu dirinya sendiri. Saya mengheretnya keluar dan kebetulan wanita itu memakai kacamata dan kacamata tersebut pecah dan melekat di matanya." katanya tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau berserta Pengiran Yusof dan juga Syed Omar berjaya menyelamatkan mangsa dari runtuhan tersebut.

Sebenarnya jelas Cikgu Razak, asrama dan syarikat tersebut hanya dipisahkan oleh sebatang sungai dan dihubungkan dengan jambatan kayu. Bila sudah tahu di mana letaknya asrama, beliau dan Pengiran Yusof terus ke sana. Tetapi yang ada, hanyalah runtuhan bangunan. Dalam keadaan kelam kabut itu, Cikgu Razak dan Pengiran Yusof terpaksa melipatgandakan usaha mereka. Walaupun dia sendiri agak penat namun demi kemanusiaan mereka berdua gagahkan juga.

"Saya memanggil jika masih ada yang terselamat dari runtuhan tersebut. Tiba-tiba saya terdengar suara wanita meminta pertolongan. Dari bawah timbunan (ada sedikit ruang) yang membolehkan wanita itu mundar-mandir. Bila saya amati, sahlah wanita itu ibu asrama di tempat kami.

"Kata ibu asrama tersebut, dia selamat tapi dia menyuruh saya menyelamatkan anak gadisnya. Dalam keadaan begini, apa usaha lagi yang saya harus lakukan. Kami jadi buntu sebenarnya." katanya.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.